Pemain tengah negara yang berkarier di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal berjaya menjaringkan gol pertama buat kelab baharunya, Rio Grande Valley dalam saingan Kejuaraan USL baru-baru ini.

Pada pertemuan menentang San Antonio awal pagi tadi, Kuzain diturunkan dalam kesebelasan utama dan beliau berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-42.

Kuzain menewaskan tiga pemain San Antonio sebelum melepaskan rembatan kaki kiri sekaligus menewaskan penjaga gol lawan bagi memberikan gol pertama kepada Rio Grande Valley.

Satu lagi gol dijaringkan oleh Christian Sorto pada minit ke-57 sekaligus memberikan kemenangan 2-1 kepada Rio Grande.

Kemenangan ke atas San Antonio membolehkan Rio Grande menghuni tangga teratas carta Kejuaraan USL Mountain Division dengan kutipan 9 mata selepas tiga perlawanan.

Pada perlawanan seterusnya, Rio Grande akan turun menentang El Paso Locomotive pada Ahad ini dan kemenangan akan membolehkan mereka kekal mendahului carta liga.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Wan Kuzain di sini:

Wan Kuzain Jalani “Debut” Bersama Rio Grande Valley

Wan Kuzain Sertai Rio Grande Valley FC Hadapi Saingan Musim 2021

Wan Kuzain Sah Tinggalkan Sporting Kansas City, Ucap Terima Kasih Kepada Kelab